Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Sunday, October 19, 2008

Anak bujang aku


Ni la dia anak bujang aku merangkap anak sulung aku. Aku panggil dia Taufiq. Kengkadang panggil je Topiq. Hehehe… Umur dia baru je 3 bulan setengah. Tapi lom pandai lagi nak meniarap. Ada la baru nak belajar teknik mengiring badan kiri dan kanan dengan gaya angkat punggung. Aritu timbang ada la 5.9kg. Berat sikit je dari kampit beras yang 5kg tu. Hehehe…

Aku ngan bini aku baru nak ngajar anak aku ni makan nestum. Anak aku ni eksen sikit. Dah tau susu mak dia lemak berkhasiat dan berkrim, tak nak lak dia minum benda yang lain. Air kosong pun tak nak. Hampeh betul. High taste la tu konon… Tapi aku paksa-paksa gak la. Suruh gak bini aku paksa anak aku ni makan nestum walaupun sikit. Bukan apa, kesian gak kat bini aku. Dah la bini aku ni badan kecik (aku pun badan kecik gak). Kalau awal-awal dulu anak aku ni nak susu selang dua jam. Sekarang ni leh kata tiap jam nak.

Dan yang bestnye anak aku ni suka isap jari. Huahaha… Jadi kalo dia boring sangat, biasa la… Isap la jari dia tu. Last-last tertido. Pantang dapat benda ni. Semua nak disumbat dalam mulut dia. Sekarang ni benda favourite yang dia sumbat adalah bantal busuk dia. Busuk sebab dia asik sumbat dalam mulut dia la. Apa lagi… Abis basah kene air liur dia.

Aku baru je guntingkan rambut dia pagi semalam. Kesian tengok dia asik pegang-pegang rambut dia yg panjang tu. Paling kesiannye orang asik ingat dia pompuan. Stail ni baru la ada gaya budak laki ;-) Hehehe… Peace anak abah…

3 comments

Wilson October 19, 2008 at 7:43 PM

u ni baik betul. u cakap anak u macam tu

PROPANA October 20, 2008 at 2:58 PM

wah, rambut baru

mamat October 20, 2008 at 6:07 PM

rambut panjang sangat. orang asik ingat pompuan je. topiq lak asik garu-garu je kat belakang telinga dia. rimas la tu. lagi pun topiq nak try rambut stail abah dia ;-)