Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Monday, October 20, 2008

Kesan pemanasan dan stress...

Apa yang aku khuatirkan akhirnya berlaku. Seekor ikan aku mati petang semalam. Dia sama spesis dengan nemo cuma warna dia oren kehitaman dan berekor kuning. Dory masih lagi dalam pemerhatian. Mungkin mati mungkin tidak. Sebab Dory ni selalu macam tu. Dah berkali-kali aku ingatkan dia dah mati sejak aku bela dia. Tapi rupanya dia buat-buat mati. memang tabiat dia. Jadi agak sukar untuk aku mengenalpaasti samada Dory ni hidup lagi atau dah mati. Aku tengok dia diam je kat celah-celah batu. Dory ni suka menyorok celah-celah batu terutama waktu malam. Menyebabkan susah aku nak usik dia untuk nak check samada hidup atau mati.

Apa pun petang semalam aku sempat beli kipas PC. Kuat gak kipas ni. Dalam jarak satu kaki lebih pun boleh terasa angin dia. Bunyi dia bising lak tu. Aku pasang kat akuarium aku ni sementara aku usha-usha chiller untuk akuarium, disamping tunggu bajet ;-)

Ok la... Aku tengok suhu terendah yang boleh dicapai, ada la 27.5 darjah celsius. Kalau waktu malam. Kalo siang-siang, tambah lak bila yang berkuasa berjumlah 120 watt tu hidup, aku tak pasti berapa suhu dia nanti. petang semalam tengok suhu terendahnya ada la dalam 29 darjah celsius. Kalau boleh aku nak waktu siang, paling tinggi pun suhunya dalam 28 darjah celsius. Tu pun dah kira panas dah tu. Tu yang tambah-tambah buat aku nak carikan chiller.

Kesian ikan aku yang dah mati tu. Terlalu stress sampai mati. Kan aku dah cakap. Ikan kalau stress boleh membawa kematian. Sori la ikan. Aku tak sempat... Apa pun ikan-ikan dan hidupan-hidupan yang lain yang masih hidup tu, aku harap dapat la bertahan sehingga aku berjaya mendapatkan chiller. Supaya hidup makhluk akuarium aku akan lebih chill selepas ini.

* Kat Sabah ni mahal la aksesori akuarium ni. Tapi hidupan laut murah. aku beli Nemo pun baru RM4. Coral lak biasa aku amik dalam RM5. Paling mahal pun RM18, Elegance Coral sebab saiz dia besar. Aku letak Elegance Coral tu dalam akuarium aku je terus rasa akuarium aku macam dah penuh. Kalau ada sesiapa yang leh bagitau aku tempat nak cari aksesori akuarium murah kat Tawau ni bagitau aku la.

2 comments

Wilson October 20, 2008 at 5:40 PM

karsian bahikan tu yang stress. Baik awak cepat belikan chiller tu. Karsian ikan tu. kan hari ini dah gaji ler. cepat ler beli chiller. HArap ikan tu tak stress lagi bahhh

mamat October 20, 2008 at 6:05 PM

gaji aku mau guna untuk benda lain mah. pusing modal bisnes. setakat ni aku tambah lagi kipas. suhu dah semakin kurang. tinggallah nemo dan ayah dia marlin. dory pun agaknye dah mati. ikan biru lain pun tak tau la pegi mana. kesian bah...