Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Sunday, November 2, 2008

Kerang Oh Kerang

Pagi tadi aku gi pasar dengan bini aku dan anak aku. Saje je jalan-jalan. Takde niat pun nak gi pasar. Nak bawa bini ngan anak aku jalan-jalan. Aritu aku outstation 5 hari. Tengah pusing-pusing kat pasar tu, tiba-tiba bini aku tergerak nak beli kerang memandangkan kebetulan masa tu ada kerang depan mata. Aku pun beli la sekilo dan bayar la RM2. Alang-alang dah kat pasar, beli je la apa yang patut ek.


Pastu bila balik uma, aku terpandang kerang yang aku beli tadi tengah terbuka. Nampak la isi dia yang merah tu. Hidup lagi ni. Tetiba aku terpikir nak letak dua, tiga ekor kerang ni dalam akuarium aku. Apa lagi... Tanpa melengahkan masa, aku pun pilih kerang yang sesuai dan aku pun terus je letak dalam akuarium aku.


Huahaha... Terus buih-buih keluar dari kerang bila kerang tu gerak-gerak. Dia bernafas kot. Aku biarkan seketika. Selang dua, tiga minit aku perhatikan kerang tu mula terbuka. Siap dia kuarkan isi dia, macam lidah terjelir pun ada. Seolah-olah macam nak cari makanan.



Susah sikit nak amik gambar kerang ni sebab dia kecik. Padahal kat pasar tu ada gak kerang yang besar. Ada la saiz genggaman aku. Tapi ni kerang yang bini aku beli kat pasar tadi. Hantam sajalah... Bini aku kata aku sengal. Tapi dia kata best gak sebab dapat tengok macam mana kerang hidup. Selalu tengok kerang yang dah masak je. Tiba-tiba bini aku keluar idea sengal dia pulak. Dia kata lain kali nak beli kepah untuk makan. Tapi nak letak la sekor dua dalam akuarium aku ni. Huhuhu... Macam-macam la bini aku ni.

1 comments

Zack Zachoes November 5, 2008 at 5:25 PM

Kerangkuuuu...jadi mangsa akuarium. huhu...