Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Saturday, December 20, 2008

Gabungan Dua Akuarium

Aku setup balik akuarium besar aku. Kebetulan aku ubah susun atur semua perabot kat rumah aku, setiap sudut semua dah berubah ;-) hehehe... Ubah sekali la akuarium aku ni. Tapi kali ni aku gabungkan akuarium marin besar dengan akuarium marin kecil. Masih menggunakan peti sejuk untuk menyejukkan air akuarium. Boleh la. Paling panas pun 28 darjah celcius lebih. Tak sampai la 29 darjah.

Sebenarnya boleh lebih sejuk. Tapi sebab sistem linghting yang aku guna sekarang memang betul-betul memanaskan air akuarium ni. Akuarium kecil guna downlight (2 x 23 watt). Akuarium besar lak guna spotlight. Huhuhu... Guna mentol metal halide, bukan guna mentol halogen. Sekarang ni aku guna mentol member aku. 5500 kelvin (150 watt) je. Aku tunggu aku punya mentol belum sampai lagi. 20000 kelvin (150 watt). Aku beli kat eBay, dari USA. Kat sini mahal. Beza harga dengan aku beli kat eBay, ada la lebih 3 kali. Siap harga pos tu. Huhu..tu yang aku beli dari eBay. Kalau lebih mahal baik tak payah.



Ni la dia gabungan dua akuarium. Mudah sikit. Sistem dia sama, jadi lebih kurang macam aku cuma jaga satu akuarium je. Kalau tak, aku kene jaga parameter air dua-dua akuarium secara berasingan. Leceh, kos lagi.





Akuarium besar ni kosong lagi. Ada seekor je damsel dengan beberapa coral. Nanti mentol aku dah sampai, baru la aku tambah lagi isi dalam akuarium besar ni kot. Huhuhu... Tu pun kalau bajet ada.

Ni parameter asas untuk akuarium aku masa aku baru setup.

pH = 8.8
dkH = 6
Calcium = 460 ppm

Lepas tu aku modify sikit.

pH = 8.8
dkH = 8
Calcium = 480 ppm

pH tu berubah la ikut waktu. Kalau petang tu pH = 8.8. Kalau awal pagi tu 8.2. Lebih kurang macam tu la.

1 comments

deapedente October 30, 2009 at 5:41 PM

Wa..... leh jd sifu ni..

aku bru nak berjinak2 ni sifu, ape perlu tau sblm bli alat2 semua?