Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Tuesday, December 9, 2008

Masa untuk makan...

Sejak umur 3 bulan aku dah suruh bini aku ajar anak aku makan nestum ke bubur blended ke, minum air kanji ke. Kesian kat bini aku, Taufiq ni makin kuat makan. Ye la, dah makin besar. Kalau nak harap susu mak dia memang tak cukup la. Bini aku ni lak saiz cute je. Hehehe...

Kalau pergi uat check-up kat klinik, diam-diam je la. Tak bagitau yang anak aku ni dah makan nestum. Tapi Taufiq ni kengkadang nak eksen macam orang besar. Mak dia selalu kata "budak kecik nak jadi besar" kat anak aku ni. Kalau bagi pegang gelas (gelas plastik la) nanti dia uat la macam orang minum air. Dia teguk air walaupun gelas tu gelas kosong je. Hehe...

Pastu kalau mak abah dia makan, dia pun nak makan sama. Tak nak ketinggalan. Sejak puasa aritu la. Tiap kali buka, dia nak join sekali. Hehe... Konon macam orang dah besar la tu :-P

Sekarang ni dia dah eksen nak suap sendiri. Makin nak eksen jadi macam orang besar. Huhuhu... Mak dia la ni... Asyik kata kat anak aku "budak kecik nak jadi besar".


Baru abis makan. Kalau mangkuk tu ada isi nestum, jawabnya memang berkecah la. Comot abis la si Taufiq ni kang.


Nyam nyam nyam... Jilat-jilat apa yang patut. Tak baik membazir. Hehehe...


Aaaaa....Nyam..... Tadi jilat belakang sudu. Ni jilat depan sudu lak.

1 comments

Propana December 16, 2008 at 8:58 PM

wah,advance lg taufiq ek.
zahraa' pun xcmni lg.