Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Saturday, January 3, 2009

Taufiq makan durian

Arini aku keluar gi pasar kat bandar. Sebenarnya saja je pegi bandar tengok-tengok untuk nak beli apa yang patut. Beli la ikan ke apa ke untuk nak makan. Bini aku ingat aku keluar pegi ofis. Aku pusing-pusing, ternampak lak durian. Teringat masa bini aku mengandungkan Taufiq, dia mengidam durian. Pulak tu bini aku ni hantu durian. Tak main makan seulas dua. Mesti nak makan sebiji sekurang-kurangnya. Tapi mana la boleh. Kan ke mengandung masa tu. Kepanasan kang tak pasal pulak.

Bila Taufiq dah lahir, tengok air liur dia asik meleleh je, orang kata sebab masa maknya mengandung, mengidam tapi tak dapat. Durian la tu agaknya. Hehehe... Bukan taknak bagi tapi tak boleh. Tengok-tengok durian tadi, aku pun beli la sebiji. RM10. Yela, bukan musim durian. Tapi ok la. Isinya kuning, banyak gak isinya. Suka bini aku dapat makan durian. Taufiq pun apa lagi, merasa gak la makan durian. Nanti Taufiq minum susu mak pun ada rasa durian ;-)


Hehehe...Ini lah buah durian. Cuba Taufiq pegang. Tajam tak durinya.



Hehehe...Taufiq makan durian tuuu...

Bukan makan kulit durian ni tau Taufiq. Tapi minum air yang abah tuang kat kulit durian ni. Boleh sejukkan badan lepas makan durian.

1 comments

afandiahmad January 9, 2009 at 7:35 PM

Thanks Rahmat...Tahniah dah ada taufiq...wah makan durian tu...hehe