Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Sunday, February 1, 2009

Selepas Sebulan

Rasanya dah sebulan kot setelah aku setup balik akuarium air laut aku ni. Dan setelah beberapa pelarasan yang aku buat untuk menyejukkan air akuarium ni, alhamdulillah sekarang suhu dapat maintain antara 26-28 darjah celcius.

Masa awal-awal dulu ada gak cecah sampai 23 darjah. Huhuhu... Terlalu sejuk pulak. Sistem yang menjadi nadi dalam mengadaptasikan semulajadi laut :
  • Sistem penyejuk air yang aku setup sendiri (ubahsuai menggunakan peti sejuk)
  • Lampu metal halide dengan bulb 20,000 kelvin, 150 watt
  • Lampu actinic (20 watt, 2 biji,)Wavemaker (guna jenama murah punya, sun-sun kalau tak silap, 3000L)
  • Protein Skimmer (tak tau jenama apa, saiz kecik, aku beli dari member aku, terpakai)
Untuk nutrisi hidupan dalam akuarium aku ni, aku bagi :
  • Cyclop-Eeze (plankton yang dikeringkan)
  • ColorBits (makanan ikan dalam bentuk flakes)
  • wardley - Plankton (sebenarnya benda ni shrimp kering, aku ingatkan plankton, tu yang aku beli)
Plankton dengan shrimp tu aku baru je bagi dalam tempoh seminggu ni. Beli kat eBay. Buat masa ni ok la. Hehe..baru nak belajar la katakan. Lama betul nak pandai.


Ikan foxface tu nampak macam nak mati je. Aku pun mula-mula ingatkan ikan tu nak mati. Tapi hidup je sampai hari ni. Mudah-mudahan terus hidup la. Hehehe...

2 comments

manlukeman February 2, 2009 at 6:47 PM

rajin ko ye mat..xberubah dr dulu lg..srnk aku tgk ko..

mamat February 2, 2009 at 8:55 PM

benda ni leceh nk jaga. ngalahkan jaga anak. sensitip betul. kalau dlm sehari pH berubah 0.2 pn dh efek dh. dh mcm ahli kimia la pulak. aku terjebak pulak nk pelihara benda alah ni sejak duduk tawau