Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Wednesday, April 29, 2009

Ingat aku rajin ke nak bersihkan semua akuarium aku ni...

Ramai gak member-member aku kata aku ni rajin nak bersihkan akuarium-akuarium aku. Dah la akuarium aku banyak. Huhuhu... Diorang ingat aku selalu bersihkan kot. Tu yang nampak air bersih je.

Haaa..... Sebenarnya ada trick dia. Bagi yang dah tau takpe la. Bagi yang tak tau, biar la kita sama-sama berkongsi maklumat ni. Benda pertama yang kita perlu ingat bila kita bela apa-apa haiwan ke ikan ke pokok ke, kita perlu cuba buat makhluk peliharaan kita tu rasa seolah-olah masih berada pada habitat dia. Kalau ikan sungai, biar la ikan tu rasa macam masih kat sungai. Hehehe... Tu dia punya falsafah la.

Tapi dari segi sainsnya pulak, kita kene pastikan yang ekosistem haiwan yang kita nak pelihara tu dalam keadaan yang lengkap. Susah nak buat supaya betul-betul lengkap. Tapi cuba la sedaya upaya jadikan selengkap yang mungkin.

Untuk kes akuarium ni, kita tau yang ikan ni akan makan. Bila dia dah makan, lama-lama mesti akan keluarkan hasil buangan. Biasanya hasil buangan ni la yang akan membuatkan air akuarium jadi kotor. Ye tak. Tu yang nanti macam malas nak kene cuci, nak bersihkan. Biasanya orang akan pakai filter untuk nak tapis kotoran. Dan untuk tempoh masa tertentu, filter tu perlu dibersihkan.

Tapi sebenarnya ada cara lain yang boleh dikatakan agak semulajadi la (natural). Kita kan tau yang sekeliling kita ada bakteria yang mempunyai fungsinya. Kalau dalam tanah, ada bakteria yang akan memproses hasil buangan untuk jadi sesuatu yang berguna. Sama juga dalam air. Ada bakteria yang akan memproses hasil buangan ikan tadi.

Walaubagaimanapun, proses yang dilakukan oleh bakteria tadi ada peringkat-peringkatnya. Kita tahu hasil buangan ikan lazimnya adalah ammonia. Ada bakteria tertentu yang akan mencerna ammonia tadi kepada nitrite. Kemudian ada lagi bakteria yang akan mencerna daripada nitrite kepada nitrate. Kemudiannya nitrate ini tadi lazimnya digunakan untuk membuat makanan oleh tumbuh-tumbuhan atau mana-mana makhluk yang berupaya membuat makanan sendiri.

Maka dengan itu, apa yang perlu kita lakukan adalah menjaga populasi bakteria-bakteria berguna yang disebutkan tadi. Bakteria-bakteria ini akan membantu dalam memastikan air akuarium kita menjadi bersih. Tak perlu la nak kene cuci, bersihkan selalu.

Semasa peringkat awal sewaktu memulakan penjagaan akuarium, bakteria ini tidak wujud. Kerana lazimnya kita akan menggunakan air paip, bukan air sungai atau air laut. Akan tetapi lama-kelamaan bakteria ini akan wujud dengan sendirinya setelah akuarium mempunyai 'penghuni'. Walaubagaimanapun bakteria ini bukan wujud dengan bilangan besar yang mendadak. Ia wujud sedikit demi sedikit. Ia merupakan permulaan yang baik.

Akan tetapi apabila melihat air akuarium mula kotor, biasanya orang akan membuang sebilangan besar air dalam akuarium tersebut. Dan kadang kala keseluruhannya. Kemudian digantikan dengan air yang baru. Apa yang berlaku sebenarnya kita telahpun membuang sama bakteria berguna yang diperlukan. Ini menyebabkan proses kitaran perlu dilakukan dari awal semula. Keadaan ini kita katakan sebagai 'Sindrom Akuarium Baru'.

Apa yang sepatutnya dilakukan adalah, tidak perlu gantikan keseluruhan air akuarium tersebut. Hanya 20%-50% sahaja. Dengan ini, kita dapat sedikit sebanyak cuba mengekalkan bakteria berguna yang sudah mula wujud. Kita namakan proses ini sebagai 'Proses Penggantian Air 20%'. Proses ini kita lakukan sekiranya kita lihat air akuarium mula kotor. Lakukan terus proses ini selama sebulan atau 2 bulan. Sampai satu tahap, jumlah populasi bakteria berguna akan mencukupi bergantung pada jumlah hasil buangan ikan-ikan peliharaan kita. Setelah populasi bakteria berguna ini mencukupi, InsyaAllah kita tidak lagi nampak hasil buangan ikan bersepah-sepah didasar akuarium. Kalau ada pun, sampai masa ia akan hilang kerana habis dicerna oleh bakteria-bakteria berguna.

Walaubagaimanapun, ada lagi perkara lain yang perlu diambil kira iaitu berapa banyak makanan yang kita beri kepada ikan atau pun berapa kerap kita beri makanan kepada ikan. Jangan terlalu banyak. Pastikan setiap kali beri makan, semua makanan yang dituang itu dapat dihabiskan oleh ikan-ikan. Sekiranya ada makanan yang terapung-apung atau tenggelam kerana tidak dimakan ikan, tandanya kita terlebih beri makan.

Satu lagi tips adalah sekiranya kita hendak menambah ikan atau apa-apa hidupan dalam akuarium kita, jangan tambah dalam bilangan yang banyak dalam satu masa. Contohnya dalam seminggu mungkin tambah dalam 2 atau 3 ekor ikan sahaja. Ini untuk memberikan tempoh bakteria berguna membiak dalam populasi yang sepatutnya berkadar dengan jumlah hidupan yang ada dalam akuarium.

Hehe..dulu aku buat je macam ni tapi tak tau teori sainsnya. Tapi ada member aku yang bagi aku hint tentang teori sainsnya yang tersirat. Memang berguna. Sambil-sambil belajar gak la sains ke kimia ke. Hehehe...

5 comments

naKHoda August 25, 2009 at 1:23 PM

bro.. gua bru jer nk bela ikan dlm akuarium.. so nk tanya .. ms nk cuci akuarium tu .. ikan kena bwk kuar ker ..or biarkan jer dia stay kt dlm .. tlg bro kasik advice sket ..

rosmankl January 9, 2013 at 10:00 PM

salam..saya dh 5 thn dlm marine.x blh tukar air semua air atau istilah cuci tu.kita perlu maintain populasi bacteria dlm tank supaya mereka secara biological mengawal air.
utk jernihkan air dn kawal nitrate, boleh guna active cabon..utk 80-100 gelen blh guna satu bekas act carbon ( x pasti beratnya pulak )+-setengah kg ke 1 kg..blh bertahan 2-3bln
saya hanya maintain 3 bln 20% air, dgn syarat kita pantau KH dlm kiraan 8-9degree..(blh guna tester kit KH atau PH )

mamat January 10, 2013 at 2:43 PM

setuju... key-point paling penting ialah untuk maintain populasi bakteria dalam tank. supaya air terkawal secara biological. mengadaptasi kawalan air secara semulajadi

Unknown August 6, 2017 at 7:42 AM

Tak paya kasi keluar biar kan jer d dlm

Nur Asyikin August 6, 2017 at 7:43 AM

Tak paya kasi keluar biar kan jer d dlm