Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Wednesday, June 24, 2009

Al-Fatihah buat nenek ku...

Lebih kurang jam 5.00 petang tadi aku mendapat berita mengenai pemergian nenek ku. Nenek ku sebelah bapaku. Pemergian beliau adalah untuk selamanya. Kalau tak salah aku, umur beliau lingkungan 90-an tahun sekarang ni. Nenek aku ni memang seorang yang tegas dan garang.

Walaupun kami jarang berpeluang untuk meluangkan masa bersama, tetapi sedikit sebanyak nenek turut memberi pengaruh dalam keperibadian aku. Kawan-kawan aku yang pernah jadi housemate aku selalu bertanya, kenapa aku memakai baju melayu setiap malam. Baju melayu ibarat baju tidur aku.

Sebenarnya nenek la yang memberi pengaruh ni terhadap aku. Sejak kecil lagi, sejak aku mula faham bahasa, kalau nenek tinggal di rumah kami atau kami pulang ke kampung, pantang kalau dah Maghrib tapi kami belum mandi. Pulak tu walaupun dah mandi tapi kalau bukan berbaju melayu, tetap nenek akan marah. Nenek tak percaya kami dah mandi kalau bukan berbaju melayu lagi.

Bila umur aku sudah 7 tahun, perkara ini dah menjadi tabiat aku. Bila malam mesti berbaju melayu. Alah bisa tegal biasa. Sehingga hari ini, kalau orang bertanyakan aku kenapa aku berbaju melayu setiap malam walaupun hendak tidur, aku akan teringatkan nenek. Biarpun aku jarang berpeluang berjumpa nenek, tapi ada kenangan yang aku tak kan lupa. Sehingga dah sebati, jadi tabiat aku.

Tapi nenek telah meninggalkan kami. Pada jam 5.00 petang, hari Rabu, 24 Jun 2009 bersamaan 1 Rejab 1430.

Semoga roh nenek dicucuri rahmat. Moga-moga nenek bersama-sama orang-orang yang diterima Allah.

Al-Fatihah buat nenek ku Hajah Fatonah binti Haji Anuar...

2 comments

Ummie June 24, 2009 at 8:47 PM

Takziah buat mat dan keluarga. Al fatihah juga buat nenek mat. Semoga beliau dicucuri rahmat. imansfamily.

AmyNa June 30, 2009 at 10:56 PM

Takziah utk Rahmat n fmly..kita yg masih b'kesempatan d pinjam'n nyawa ni..haruslah meneruskan kehidupan utk bekalan d kemudian hari... InyaAllah..A-fatihah utk Allahyarhamah nenek Hajah Fatonah binti Haji Anuar.