Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Wednesday, July 22, 2009

Sambutan ulang tahun hari lahirku

Tiap kali tiba ulang tahun hari lahir aku, apa lagi... Buat majlis makan-makan bersama keluargaku. Sambutan dengan keluarga yang penting. Sebab tanpa keluarga, macam mana aku nak lahir. Hehehe... Maka sebab tu kene sambut dengan keluarga. Tak lupa doa selamat supaya kami semua selamat dunia akhirat. Tapi mak abah dan adik-adik jauh kat semenanjung, tak dapat la nak sambut dengan diorang. Bini ngan anak aku je la yang jadi wakil. Hehehe...

Kali ni, disebabkan ada yang dah memesan awal-awal. Lebih-lebih lagi ada orang kat opis yang mengidam agaknya kot. Nak kek masa befday aku nanti. Jadi aku pun minta la bini aku buatkan. Untuk kawan-kawan. Kek apa-apa je la yang bini aku nak buat. Aku tak kisah. Bukan aku yang nak makan pun :-P Nasib baik bini aku rajin nak buatkan. Hehehe... Maka pagi-pagi aku pun letak la kek kat opis untuk siapa-siapa je yang nak makan. Bini aku buat 2 biji. Rasanya berat setiap satu tu ada la sekilo setengah kot. Biar la diorang makan. Hehehe...

Petang tu aku balik kerja, aku ngan bini aku mula masak. Aku panggang fillet marinade yang dah aku perap semalaman. Bini aku lak buat roti jala. Bini aku ada gak tanya, nak kek ke tak. Tak payah la. Dalam seminggu tu leh kata dah tiap hari aku makan kek. Bini aku buat. Saje je bini aku nak test oven baru dia. Oven yang letak atas dapur gas. Berapa biji oven la bini aku nak. Nasib baik semuanya lain-lain sifat. Hehehe... Puas la aku ngan anak aku nak menghabiskan hasil testing bini aku tu.

Lepas maghrib, abis baca doa selamat, kitorang pun 'selamatkan' semua fillet marinade panggan ngan roti jala sampai abis. Sedap ke tak, makan je la. Sendiri masak, sendiri makan. Nak puji-puji, kang kata 'masuk bakul angkat sendiri' pulak :-P

Jadi aku malas la nak komen tentang makanan. Lagipun bab-bab makan ni, bini aku yang rajin komen dalam blog dia.

2 comments

AmyNa July 27, 2009 at 11:27 AM

Ooo....kek tempoh hari tu besday kamu yer..apa pun hepy belated besday yer kwn.semoga d lanjutkan usia & d murahkn rezki...insyaAllah.

p/s: tenkiew kek tempoh ari..Enak..!! nak lagik.:P

mamat July 27, 2009 at 2:57 PM

nak lagi? order kt bini aku. hehehe...