Together we share our hobbies and experience so we can improve each other to make our live become meaningful. Forex, aquarium, reef, blogging, photographing, driving and more.

Berkongsi hobi dan pengalaman supaya kita dapat meningkatkan diri antara satu sama lain supaya hidup kita lebih bermakna. Forex, akuarium, batu karang, blogging, fotografi, memandu dan macam-macam lagi.

Taufiq nak KFC gak ke?

Posted by mamat Saturday, July 11, 2009

Semalam lepas balik kerja, aku offer bini aku beli KFC ;-) huhu...senyum je bini aku. Dengan syarat, bini aku la yg pergi beli. Nak beli apa, terpulang. Yang penting kalau dia beli banyak-banyak atau mahal-mahal, duit balance nanti dia dapt kurang la ;-) biasanya duit balance tu nanti aku bagi bini aku pegang. Merangkap duit dapur la tu. Huhuhu...

Dia nak belanja macam mana, aku serahkan pada kebijaksanaan bini aku. Yang penting kalau aku bagi bajet RM300 sebulan, dia kene pandai-pandai. Kalau bajet kene tarik pun, dia kene pandai-pandai gak. Hehehe... Macam tu baru la ada thrill. Walaupun bini aku tak keje, tapi dah macam Pegawai Eksekutif pulak lagaknya. Kalau bini aku Pegawai Eksekutif, aku Pengarah la. Huahaha...

Berbalik kepada offer KFC tadi, bini aku pun pergi la menjalankan misinya. Dan petang semalam kitorang pun dapat la makan KFC. Merangkap makan malam la. Taufiq pun tak ketinggalan. Dia pun dapat bahagian gak. Maknya belikan French Fries. Taufiq suka makan benda tu. Boleh la dia berlagak macam orang yang dah besar. Huhuhu...
Taufiq pun nak KFC gak.
Sedapnya dia makan french fries sambil baring ni. Sambil makan sambil boleh fikir masa depan.
Aik? Mana lagi french fries Taufiq? Dan habis ke...
Maaak... Mintak lagi... French fries Taufiq dah habis.
Mmmmm.....sedapnyaaa.....
Dah abis makan, sambung main lagi la. Vrooooommm..... Eh, bunyi trak ni macam mana ek.

Huhu...sejak ada trak mainan, pulak tu dah pandai panjat kerusi, meja, almari, budak ni tidur makin lewat. Biasa kul 10 dah tidur. Ni pukul 12 pu belum nak tidur. Terpaksa la bapanya ajak dia tidur. Nasib baik dengar cakap bapa dia. Hehehe... Mesti la. Kalau tak nanti kene marah. Nasib baik dah mula paham bahasa.

0 comments

selalu kalau ada di antara kita menegur orang, orang akan jawab "kau tu dah baik sangat ke nak tegur orang", "kau tu dah pandai sangat ke nak tegur orang", dan sebagainya...

untuk renungan bersama

~Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. ~

-Imam Hasan Al-Basri-

*kalau tak kenal sape Imam Hasan Al-Basri, cuba la kenal-kenal. hehehe...