Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Sunday, January 10, 2010

Taufiq dan Keretanya

Semalam bini aku sibuk mencari bahan-bahan untuk tempahan kek. Aku pulak rasa nak rehat je kat rumah. Nasib baik bini aku ni memang boleh drive sendiri. Biar la dia pergi sendiri. Sementara aku dengan Taufiq lepak-lepak kat rumah.
Memandangkan cuaca agak baik, aku dan Taufiq lepak-lepak di garaj. Kebetulan kereta aku digunakan oleh bini aku. Jadi lapang la garaj tu. Aku ajak Taufiq main-main kat garaj je. Aku layan kereta remote dan Taufiq lak dengan keretanya.



Kalau tak naik atas keretanya, dia sorong keretanya. Hahaha...kaki Taufiq masih pendek. Kaki tak berapa sampai nak jejak lantai kalau dia duduk atas keretanya tu. Jadi, kalau sampai kat tempat yang condong sikit ke, yang perlu tolak lebih, nanti pandai-pandai lak dia sorong keretanya tu. Hahaha...


Abis la pokok pegaga maknya dia kerjakan. Hahaha...
Hari ni hari Ahad. Bangun pagi je Taufiq nak main kat luar lagi. Nasib baik cuaca elok. Aku pun layankan je la. Temankan Taufiq main kereta.

video





video


Lepas mandi, Taufiq nak main lagi kat luar. Aku pun alihkan kereta supaya luas sikit tempat Taufiq nak main.

Hahaha... Last-last Taufiq nak naik kereta betul lak. Tak padan budak kecik.

0 comments