Together we share our hobbies and experience so we can improve each other to make our live become meaningful. Forex, aquarium, reef, blogging, photographing, driving and more.

Berkongsi hobi dan pengalaman supaya kita dapat meningkatkan diri antara satu sama lain supaya hidup kita lebih bermakna. Forex, akuarium, batu karang, blogging, fotografi, memandu dan macam-macam lagi.

Taufiq main air

Posted by mamat Sunday, January 10, 2010

Rasanya satu hari Taufiq sibuk nak main kat luar je. Tengahari tadi ada member datang rumah. Lepas je member aku balik, Taufiq nak main kat luar lagi. Layankan je la.

Macam biasa, dia naik kereta dia. Pastu sorong-sorong keretanya keliling garaj rumah. Sekali entah macam mana dia tertarik kat paip air yang luar tu. Dia tinjau-tinjau getah paip tu. Pastu belek-belek kepala paip. Hahaha... Abis laaa..... Taufiq dah jumpa benda baru yang boleh dia main. Mentang-mentang aku dah bagi lesen kat Taufiq nak main kat luar. Abis semua dia explore.



Cubaan budak nakal yang botak untuk bermain air.


video

0 comments

selalu kalau ada di antara kita menegur orang, orang akan jawab "kau tu dah baik sangat ke nak tegur orang", "kau tu dah pandai sangat ke nak tegur orang", dan sebagainya...

untuk renungan bersama

~Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. ~

-Imam Hasan Al-Basri-

*kalau tak kenal sape Imam Hasan Al-Basri, cuba la kenal-kenal. hehehe...