Together we share our hobbies and experience so we can improve each other to make our live become meaningful. Forex, aquarium, reef, blogging, photographing, driving and more.

Berkongsi hobi dan pengalaman supaya kita dapat meningkatkan diri antara satu sama lain supaya hidup kita lebih bermakna. Forex, akuarium, batu karang, blogging, fotografi, memandu dan macam-macam lagi.

Taufiq main air dalam kolamnya

Posted by mamat Saturday, February 13, 2010

Paagi tadi lepas bangun tidur, sarapan kejap, aku ajak Taufiq main kat luar. Sambil Taufiq main, aku pam kolam mandi Taufiq. Pam guna alat laaa... Nak tiup je tak larat. Bukan tak larat sebab kolam tu besar tapi sebab ada valve kat tempat masuk angin tu. Huhuhu...


Sambil aku pam, Taufiq main-main. Awal-awal dah Taufiq masuk dalam kolam tu. Tapi sekali-sekala khusyuk dia tengok aku pam.



Bila dah selesai pam, proses seterusnya la pulak. Apa lagi......... Isi air la. Besar gak kolam ni. Lama gak nak menigi air dalamnya. Taufiq lak pegang-pegang getah paip tu. Konon-konon dia la yang mengisinya. Padahal si Taufiq ni memang suka sangat main paip getah air. Lagi suka kalau memang ada air yang keluar dari paip getah tu.


Bila air dah pada parasnya, apa lagi..... Sesi bermain air la. Suka main air budak kecik ni. Warna-warni kolam Taufiq ni bila aku letak mainan-mainannya dalam kolam tu.

Tapi yang bestnya, bila si Taufiq ni dah tak nak main lagi, dia siap sebut "dah". Mula-mula aku biar je. Nak tengok apa budak kecik ni nak buat. Pandai lak dia. Dia keluarkan semua mainannya yang dalam kolam tu. Letak kat luar kolam. Kumpul kat satu tempat. Hehehe... Memang betul la tu, dah tak nak main lagi.

2 comments

  1. mat, mana ko beli kolam tu? ak nk juga..haha..:p

     
  2. mamat Says:
  3. di giant la ba. tp bagus kau temankan c taufiq jak main2 dlm kolam tu :p

     
selalu kalau ada di antara kita menegur orang, orang akan jawab "kau tu dah baik sangat ke nak tegur orang", "kau tu dah pandai sangat ke nak tegur orang", dan sebagainya...

untuk renungan bersama

~Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. ~

-Imam Hasan Al-Basri-

*kalau tak kenal sape Imam Hasan Al-Basri, cuba la kenal-kenal. hehehe...