Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Saturday, March 13, 2010

Mak main futsal, Taufiq main kereta

Macam biasa, hari Jumaat malam Sabtu adalah hari dimana mak Taufiq dan rakan-rakannya akan buang tabiat mereka dengan bermain futsal. Bukanlah niat untuk menyatakan bahawa permainan futsal ini untuk orang yang dah buang tabiat, tetapi objektif mak Taufiq dan rakan-rakannya bermain futsal itulah yang sebenarnya sesuatu yang buang tabiat. Iaitu.....nak beraksi ganas menendang bola sesuka hati.

Dan secara logiknya, kalau tak dapat tendang bola, tendang kaki orang lain pun jadi la. Tetapi kalau mereka berbuat demikian di luar gelanggang, maka akan menimbulkan masalah sosial yang ketara sehingga mampu dibawa ke muka akhbar. Tetapi sekiranya ianya berlaku di dalam gelanggang futsal, paling teruk pun pihak lawan akan diberikan sepakan percuma atau dengan kata lain free-kick. Kalau nasib baik, pihak lawan berpeluang mendapat sepakan penalti. Hahaha...

Walaubagaimanapun sila abaikan penyataan di atas kerana kita semua sedia maklum dengan slogan "Majulah Sukan Untuk Negara", "Badan Cergas Minda Cerdas" dan juga berbagai slogan yang memberikan visi yang lebih kurang sama iaitu menggalakkan aktiviti riadhah dan sukan di kalangan rakyat Malaysia.

Sebagai menyahut seruan visi tersebut, Taufiq juga tidak mahu ketinggalan dalam merealisasikannya. Dengan itu, Taufiq dengan penuh semangat telah pun mengikut dan memberikan sokongan ke atas mak Taufiq dalam bermain futsal. Tidak memadai dengan bersorak, Taufiq juga turut beriadhah, memanfaatkan persekitaran yang sememangnya merupakan suasana riadhah.

Berbekalkan kereta mainan Taufiq yang sesuai dan juga rakan-rakan Taufiq yang mempunyai sebab yang sama untuk berada di sekitar gelanggang futsal tersebut, menjalankan aktiviti riadhah yang sesuai dengan umur mereka. Adalah tidak perlu dijelaskan dengan lebih lanjut berkenaan apa yang berlaku kerana video berikut dapat membantu pemahaman anda untuk memahami apa yang berlaku.


video



video


video



0 comments