Together we share our hobbies and experience so we can improve each other to make our live become meaningful. Forex, aquarium, reef, blogging, photographing, driving and more.

Berkongsi hobi dan pengalaman supaya kita dapat meningkatkan diri antara satu sama lain supaya hidup kita lebih bermakna. Forex, akuarium, batu karang, blogging, fotografi, memandu dan macam-macam lagi.

My Camera

Posted by mamat Sunday, July 25, 2010

Dulu aku suka ambil gambar. Sejak sekolah lagi. Kamera pun masih guna filem lagi. Masa tu kalau ambil gambar memang kene fikir dulu. Kalau suka-suka snap gambar, membazir filem nanti kalau tersalah snap. Tapi sejak ada kamera digital, dah tak kisah dah tentang tu. Kalau gambar tak elok, delete je. Hahaha...

Tapi aku tak pernah ada kamera sendiri sebelum tu. Semua kamera pinjam. Hahaha... Aku dah habis belajar baru la aku mampu memiliki kamera sendiri. Tahun 2006 kalau tak salah aku.



Ni lah model kamera pertama milik aku. Dan sampai hari ni masih lagi beroperasi. Kamera ni memang dah banyak membantu aku termasuk la dalam mencari duit tambahan. Tu yang penting. Hahaha..... Tapi sekarang yang rajin guna kamera ni ialah bini aku. Mudah je pakai kamera ni. Tak payah jadi photographer yang profesional.

Sekarang aku banyak mengambil gambar guna handset aku je. Dah memang confirm aku bawa handset ke mana-mana pun. Boleh la kalau sekadar nak ambil gambar.


Baru-baru ni semakin ramai member-member aku mula menaruh minat untuk memiliki kamera jenis DSLR (digital single-lens reflex). Memang tak dinafikan hasil gambar yang dirakamkan memang sangat-sangat memuaskan. Aku pernah juga guna kamera jenis ni. Ada juga mode Auto tapi hasilnya memang tak dapat lawan la kalau guna setting manual. Tapi banyak benda la kene belajar. Dan juga pengalaman turut diperlukan. Kalau tak, gambar yang terhasil memang lagi hampeh daripada kamera biasa.

Pendek kata kalau tak pandai setting, pakai je la mode Auto. Tapi kalau asik guna mode Auto je, baik guna kamera digital yang biasa. Tak payah la pakai DSLR. Hahaha..... Tapi aku akui, memang seronok ambil gambar ni. Tak kira gambar statik atau gambar bergerak (video). Masing-masing ada seninya. Aku bukanlah pro. Cuma entry level je.













Ni antara kamera DSLR yang aku pernah gunakan. Ada lagi model-model lain yang aku pernah gunakan tapi dah tak ingat dah.




Anda mungkin berminat untuk membaca post ini :

- Unboxing D60
- Unboxing D5000
- Pop-Up Flash Diffuser
- Fish-eye Lense Converter
- Rakaman Video dengn D5000

0 comments

selalu kalau ada di antara kita menegur orang, orang akan jawab "kau tu dah baik sangat ke nak tegur orang", "kau tu dah pandai sangat ke nak tegur orang", dan sebagainya...

untuk renungan bersama

~Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. ~

-Imam Hasan Al-Basri-

*kalau tak kenal sape Imam Hasan Al-Basri, cuba la kenal-kenal. hehehe...