Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Sunday, February 20, 2011

Letaklah iklan Nuffnang di blog anda

Saya percaya ramai di kalangan anda yang mempunyai blog sendiri. Tidak kira samada blog anda itu ditulis semata-mata untuk diri sendiri, orang lain, perkongsian ilmu, publisiti, sumber pendapatan dan lain-lain lagi. Saya juga percaya ramai di kalangan anda yang sedia maklum bahawa kita boleh menjana pendapatan melalui blog yang kita tulis.


Bagi sesiapa yang sememangnya sudah mengambil inisiatif ini, saya ucapkan tahniah. Kerana anda menggunakan peluang yang ada semaksimum mungkin. Bagi sesiapa yang belum mengambil peluang ini, saya sarankan agar anda jangan ketinggalan. Bukan saya hendak promosi untuk anda menarik downline atau sebagainya. Akan tetapi saya hanya ingin berkongsi pendapat yang mana saya rasakan agak bermanfaat untuk dikongsikan bersama.

Pada peringkat awal saya menulis blog, saya memang langsung tidak berniat untuk menjadikan blog saya sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan. Akan tetapi setelah beberapa bulan saya berkecimpung dalam penulisan blog, saya juga meninjau blog-blog. Ramai juga blogger tempatan yang meletakkan iklan di blog mereka. Saya mula berminat untuk mengetahui kenapa mereka berbuat demikian.

Setelah itu saya pun mula mencuba untuk mengikut jejak mereka. Saya mula meletakkan iklan di blog saya. Sekiranya anda search di internet, anda pasti akan jumpa pelbagai komuniti yang membuat iklan di blog. Boleh dikatakan apa saja yang saya jumpa, saya letakkan di blog saya. Saya bukan berharap sangat pada pendapatan melalui iklan-iklan tersebut. Hanya sekadar mencuba. Pada peringkat awal, untuk mendapatkan satu hit pun boleh dikatakan agak ajaib. Maklum saja blog masih baru. Siapa je yang nak singgah. Hehehe...

Tapi bukan niat saya untuk menjadikan blog sebagai sumber pendapatan, maka saya tidak peduli pun dengan hit tersebut. Akan tetapi setelah beberapa bulan berlalu, tergerak hati saya untuk melihat akaun iklan tersebut. Saya dapati bakinya cukup untuk membuat pengeluaran dan saya terus request untuk pengeluaran. Niat awal bukan untuk menjana pendapatan. Tetapi bila sudah menerima cek, saya berpendapat bahawa apa salahnya sekiranya blog saya boleh menjadi sumber pendapatan sampingan. Bukannya keluar modal pun.

Ada banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk mendapat sedikit habuan daripada blog anda. Antaranya adalah dengan meletakkan iklan-iklan di ruang blog anda. Cara ini adalah biasa digunakan oleg blogger-blogger. Nuffnang merupakan salah satu komuniti pengiklanan melalui blog yang agak famous di kalangan blogger-blogger Asia. Seperti yang anda boleh lihat, blog saya ini juga turut menyiarkan iklan-iklan Nuffnang.



Untuk makluman anda, pendaftaran Nuffnang adalah percuma. Caranya cukup mudah. Terus layari ke http://www.nuffnang.com.my/ kemudian daftar. Seterusnya ikut sahaja arahan yang diberikan. Kemudian jangan lupa attach widget untuk iklan Nuffnang di blog anda.


Mana-mana pelawat blog anda yang singgah di blog anda, kemudian mereka klik pada iklan tersebut, anda akan mendapat sedikit habuan. Kadar yang diterima bergantung pada iklan itu sendiri.




Kadar minimum untuk request pengeluaran atau withdraw adalah RM51 (RM50 + fee RM1). Anda mesti memastikan jumlah earnings melebihi RM51 sebelum anda layak membuat pengeluaran. Bayaran adalah dalam bentuk cek.



Ini merupakan salah satu cek yang saya dapat daripada Nuffnang.

Terdapat 2 jenis keanggotaan Nuffnang. Ahli biasa dan juga Glitterati. Glitterati merupakan keahlian yang telah diupgrade daripada ahli biasa. Kelebihannya ialah kadar yang anda terima untuk setiap iklan adalah lebih tinggi. Cek anda juga akan diproses lebih cepat berbanding ahli biasa. Anda juga mungkin akan menerima lagi pelbagai hadiah sampingan sebagai penghargaan keahlian sebagai Glitterati.

Cara untuk upgrade keahlian adalah sangat mudah. Anda hanya perlu memastikan bahawa blog anda hanya memaparkan iklan dari Nuffnang sahaja. JANGAN letakkan iklan lain diblog anda. Webcrawler Nuffnang akan memantau blog anda secara rawak setiap 4 hari (kalau tak silap saya). Sekiranya blog anda hanya menyiarkan iklan dari Nuffnang sahaja, keahlian anda akan diupgrade secara automatik. Memang mudah.
Ada yang berjaya menjana pendapatan sehingga RM3000 sebulan hanya dengan cara ini sahaja.

Apa tunggu lagi? Letaklah iklan Nuffnang di blog anda sekarang. Manfaatkan peluang yang ada. Sekiranya anda sememangnya blogger, tak payah keluar modal pun. Blog memang dah sedia ada. Pelawat blog anda pun sememangnya dah ada. Yang tinggal hanya letakkan iklan sahaja.

3 comments

FiyanParent's February 22, 2011 at 1:13 PM

mat...bestnya. aku lama sudah letak nuffnang, tapi blm jg bnyk duitku...khi khi khi khi

mamat February 22, 2011 at 1:59 PM

ok la kalau kau dh letak. nanti kita kongsi sama-sama cemana mo kasi banyak sikit duit tu. supaya tiap bulan boleh dapat cek walaupun sikit. hihihi...

Anonymous

Nasib laa ko bagitau...Sekarang saya dah daftar...baca dia punya term & condition punya byk pantang larang dari Nuffnang...berbaloi laa kot