Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Wednesday, February 23, 2011

Main game online dapat duit betul

Saya percaya anda mesti pernah bermain game secara online. Tidak kira samada daripada mana-mana website atau pun game aplikasi facebook. Ada juga yang sanggup top-up duit betul ke dalam game tersebut untuk mendapat kelebihan semasa bermain online game tersebut.

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa online game yang mana duit virtual yang anda perolehi sepanjang bermain game tersebut boleh ditukarkan kepada duit betul. Dengan kata lain, duit virtual yang anda perolehi semasa bermain online game tersebut boleh ditransfer ke akaun anda seperti akaun Paypal, Maybank, CIMB, BSN atau lain-lain bank tempatan.

Menarik bukan?

Beberapa minggu yang lalu, saya ada terbaca berkenaannya di internet, hasil dari forum-forum dan juga blog-blog. Kemudian saya pun mendaftar kerana pendaftarannya adalah percuma. Gamenya juga agak menarik. Ia dikenali sebagai ANNO1777. Saya tak tahu apa maksudnya.





Kemudian anda dikehendaki mendaftarkan talian bimbit anda ke dalam sistem dengan cara menghantar sms. Caj 0.10 euro akan dikenakan. Lebih kurang 40 sen kalau mengikut matawang Malaysia sekarang. 0.10 euro ini akan didebitkan ke dalam baki akaun anda dalam online game ini.




Game ini membawa anda kepada kehidupan pada kurun ke-17. Anda akan memulakan hidup anda tanpa mempunyai apa-apa pun. Seperti kehidupan sebenar, anda perlu untuk makan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain untuk terus hidup. Untuk memenuhi keperluan tersebut, anda memerlukan duit. Duit tersebut boleh anda perolehi dengan cara memasukkan duit sebenar ke dalam akaun game tersebut. Itu merupakan cara singkat untuk mempunyai duit yang banyak dalam masa yang singkat.


Tetapi ada cara lain untuk anda perolehi duit bagi memenuhi keperluan anda untuk survive. Anda boleh menyerang mana-mana pemain lain dan sekiranya anda menang perlawanan, anda akan diberi bonus. Buat masa ini, bonus yang diberikan adalah RM1.69 (bergantung kepada keadaan wellness anda pada ketika itu). Yang kalah akan menjadi slave kepada yang menang. Dengan itu anda juga boleh mendapat sedikit habuan hasil daripada pendapatan slave anda. Anda boleh menyerang sesiapa sahaja dan juga merampas slave sesiapa sahaja. Anda juga boleh diserang pada bila-bila masa dan menjadi slave kepada sesiapa sahaja.
Cara lain untuk mendapatkan pendapatan adalah dengan bekerja. Anda boleh mencari pekerjaan yang ditawarkan pada masa-masa tertentu. Ada kalanya tiada pekerjaan yang ditawarkan. Anda perlu bekerja selama 8 jam. Dalam sehari, anda hanya dibenarkan untuk bekerja sekali sahaja.

Sekiranya anda mempunyai modal, anda juga boleh membuka perniagaan. Dengan cara ini, anda juga boleh menjana pendapatan anda. Anda juga boleh membentuk ketenteraan dan juga kerajaan.

Game ini tidak memerlukan anda untuk berada 24 jam di depan PC. Sebagai contoh sekiranya anda sedang bekerja di kilang besi, anda mesti bekerja selama 8 jam. Dalam tempoh 8 jam ini anda tidak dibenarkan berbuat apa-apa. Jadi anda tidak perlu tunggu di depan PC sehingga tempoh 8 jam ini tamat. Anda boleh logout dan menjalankan aktiviti normal anda seperti biasa.

Ianya sangat menarik kerana ia seperti menjalani kehidupan sebenar. Anda juga perlu membeli atau menyewa rumah supaya anda dapat berehat setelah penat bekerja. Dengan berehat di rumah, wellness anda akan meningkat. Wellness adalah penting untuk dipastikan berada dalam keadaan tinggi kerana ia merupakan salah satu faktor penentu pendapatan anda. Setiap masa wellness akan menurun leih-lebih lagi sekiranya anda berlawan atau bekerja. Dengan cara berehat, membaca majalah, makan dan lain-lain boleh meningkatkan wellness anda.

Anda juga boleh menjelajah ke mana-mana sahaja samada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia dengan berjalan kaki atau menaiki kenderaan. Game ini boleh dikatakan agak baru di Malaysia. Walaubagaimanapun, buat masa ini Malaysia mempunyai bilangan pemain game ini nombor 2 terbanyak berbanding negara lain. Pemain yang teramai sekali adalah dari Romania.

Anda boleh mencuba game ini. Akan tetapi untuk mendaftar, anda mesti menggunakan link yang saya berikan. Ini kerana antara syarat pendaftaran untuk game ini adalah mesti ada orang yang introduce kepada anda.

http://www.anno1777.com/index.php?i=120472


Hati-hati semasa mendaftar sekiranya terdapat lebih dari seorang yang mahu bermain game ini di rumah anda kerana akaun anda mungkin akan disuspendedkan.



Mungkin ini salah satu cara game developer memastikan bahawa tiada sesiapa yang akan cuba untuk main tipu. Game developer mahu memastikan pemain adalah unik.


Selamat mencuba.


2 comments

Anonymous

haii i baru jer daftar game ni. tapi still x bape phm laa cara main dia.add i EmilyLily so nnt we can talk abt this game.. add kat game ni yer.

mamat October 23, 2014 at 10:30 AM

hai... awal tahun aritu lepas saya withdraw duit, saya dah stop main game ni. lama dah tak akses. jd mcm dh takleh login... jd jgn tak aktif lama sgt kalau byk duit dlm tu ye... hehe...