Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Thursday, May 24, 2012

Chiller Untuk Akuarium Air Laut



Inilah dia chiller yang akan digunakan untuk menyejukkan air laut dalam akuarium saya. Ambil second-hand punya. Ada la kene repair sikit sebab ada leaking. Kalau air tawar boleh tahan la tapi kalau air laut, melekit-lekit nanti. Lepas balik kerja, saya repair mana-mana bahagian yang leaking. Lepas tu apa lagi, sesi test-run lah... Alhamdulillah selepas semalaman saya biar air running, takde masalah. 

Sebelum ni saya menggunakan peti sejuk untuk menyejukkan air dalam akuarium air laut saya. Sedikit pengubahsuaian perlu dibuat pada peti sejuk berkenaan. Kelemahannya ialah saya tidak dapat mengawal suhu air dalam akuarium seperti mana yang saya mahu.



Beginilah rupanya peti sejuk yang digunakan untuk menyejukkan air dalam akuarium.



Chiller digunakan untuk menggantikan peti sejuk. Sistem saliran menjadi lebih mudah.


Dengan menggunakan chiller, saya bebas menetapkan suhu air dalam akuarium seperti yang telah disetkan pada chiller. Buat masa ini, saya biarkan dulu akuarium air laut saya dengan beberapa hidupan sahaja iaitu 2 ekor nemo, anemone, 2 ekor tapak sulaiman dan 2 ekor ketam. Test-run-mode.

Selepas selesai test-run-mode nanti, baru saya akan isi lagi beberapa hidupan marin ke dalam akuarium air laut saya nanti.



Antara penghuni akuarium air laut saya semasa saya masih menggunakan peti sejuk sebagai penyejuk air.



6 comments

Anonymous

salam...bleh x share camna nk buat chiller drpd peti sejuk?
thanks..

FitJab January 30, 2014 at 7:51 PM

Salam bro,

ada beza x bil letrik kalau pakai Resun dgn pakai petiais tuh. x larat dah ni nak pakai aircond tiap2 hari. bil dah nak cecah 300 sebulan. Apa2 pon tabik kat bro for DIY

mamat February 1, 2014 at 1:40 PM

salam... lebih kurang je cuma pakai Resun lebih tepat dia kawal suhu

Sally Salle August 14, 2014 at 7:02 AM

Assalam Dik. Kat mana boleh dptkan chiller second hand

mamat August 14, 2014 at 9:02 AM

wassalam kak. sya pun tak tau. saya di area Tawau. kebetulan orang nak pindah semenanjung, dia jual pada saya

Sally Salle August 14, 2014 at 9:51 AM

Search dlm internet susah nak dpt. Nak beli baru x mampu. Nak buat sendiri x pandai pulak.