Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Tuesday, May 15, 2012

Happy Belated Birthday vs Belated Happy Birthday

Sudah menjadi amalan kita untuk saling mengucapkan Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Kelahiran, Happy Birthday dan seumpama dengannya yang membawa maksud yang sama. Tambahan pula sejak zaman facebook, terdapat notification yang akan memberitahu sekiranya terdapat mana-mana rakan yang menyambut ulang tahun kelahiran.

Walaubagaimanapun adakalanya terlambat untuk mengucapkannya. Mungkin kerana terlupa atau terlambat membuka facebook. Sekiranya ini berlaku, biasanya mereka akan mengucapkan "happy belated birthday", menandakan ucapan tersebut lewat diucapkan.

Kini saya lebih kerap mendengar orang mengucapkan "happy belated birthday" berbanding ucapan "happy birthday" kerana rata-rata terlewat mengucapkannya. Akan tetapi semakin kerap saya mendengar atau membaca komen tersebut, semakin membuatkan saya berfikir. "Happy Belated Birthday", apakah yang belated (terlewat) sebenarnya....... Ulang tahun harijadinya atau ucapannya.....

Saya bukanlah pandai berbahsa Inggeris tetapi ia membuatkan saya terfikir. Saya pun mula membuat carian di internet berkaitan ungkapan tersebut. Dalam banyak-banyak carian, saya terjumpa satu komen yang paling menarik minat saya.



Do you know, I said "happy belated birthday" to a cousin a month or so back and had this exact thought. Strangely enough, "happy belated birthday" receives a vastly larger number of Google results (over 2,200,000) than the more logically correct "belated happy birthday" (330,000). I'm going to buck the trend and be logically correct from now on! 

I have to say that "Happy Belated Birthday" rolls off my tongue easier these days although I know it's wrong! Am starting to be influenced by Google numbers cited on this forum. I too, am going to buck the trend and continue on with the correct form:
"belated Happy Birthday."

from WordReference



Carian di Google menyatakan bahawa lebih 2.2 juta penggunaan ucapan "happy belated birthday" berbanding penggunaan ucapan "belated happy birthday" sebanyak 330 ribu sahaja.

Dapat dilihat secara trend atau majoritinya lebih ramai yang menggunakan ucapan "happy belated birthday" berbanding "belated happy birthday".

Secara grammar, ayat yang betul adalah belated Happy Birthday kerana kita sedia maklum bahawa yang belated (terlewat) adalah ucapan Happy Birthday, bukan Birthday.

Walaubagaimanapun mungkin disebabkan majoriti merasakan ucapan Happy Belated Birthday lebih sedap diungkapkan kerana majoriti terbiasa untuk sebarang ucapan akan dimulakan dengan perkataan Happy.

Sebagai contoh :
- Happy Holiday
- Happy Mother's Day
- Happy New Year
- Happy Hari Raya
- Happy Deepavali

dan lain-lain lagi.


Saya bukan seorang yang pandai berbahasa Inggeris maka saya tidak akan menyalahkan mana-mana individu juga sekiranya mereka tersalah penggunaan dari segi grammar. Tetapi apa yang saya rasa perlu dilakukan adalah kita berfikir samada apa yang kita sebut atau ungkapkan itu adalah betul atau kita sekadar mengikut orang ramai.

Secara statistiknya, seperti yang diperlihtkan oleh carian Google menunjukkan bahawa majoriti menggunakan ucapan Happy Belated Birthday yang mana ianya salah dari segi grammar.

Semoga ianya dapat mengingatkan diri saya bahawa bukan semua perkara yang majoriti atau yang mengikut trend itu adalah betul, yang benar atau yang terbaik. Kita perlu berfikir terlebih dahulu sebelum kita mahu mengikut sesuatu.

Setelah kita berfikir dan mengenalpasti apa sebenarnya yang betul dan apa yang salah, barulah kita membuat keputusan untuk melakukan perkara yang betul atau mengikut majoriti. Ini kerana ada ketika kita perlu juga mengikut majoriti walaupun ianya salah. Bak kata pepatah "masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek".

Mana yang baik jadikan tauladan, mana yang salah jadikan sempadan.

Sila betulkan mana-mana bahagian sekiranya pendapat saya ini salah.


1 comments

Govind govi May 9, 2016 at 1:18 AM

many more your birthday quotes belated birthday wishes to you get more birthday quotes