Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Tuesday, May 8, 2012

Pulau Mabul

Pulau Mabul terletak di Semporna, perjalanannya mengambil masa kira-kira 30 hingga 45 minit dari bandar Semporna. Di Pulau Mabul, kita boleh dapati ada banyak pemilik chalet di situ yang mana kadar bayarannya  bermula dari seratus lebih hingga seribu ringgit untuk penginapan semalam. Yang paling mahal berada pada lokasi yang paling menarik pemandangannya dan mempunyai kawasan pantai yang indah.

Saya menginap di chalet yang paling murah di situ. Kedudukannya boleh dikatakan bertentangan. Walaubagaimanapun kita boleh ke kawasan pantai yang cantik itu walaupun tidak menginap di situ samada mengikut jalan laut atau pun jalan darat. Pulau ini juga mempunyai penduduknya sendiri dan mempunyai masjid dan juga sekolah.

Dari pemerhatian saya, majoriti penduduk adalah Bajau Laut. Boleh dilihat budak kecil yang baru sahaja pandai berlari, sudah boleh terjun ke laut. Boleh dikatakan setiap mereka mempunyai perahu mereka sendiri biar pun kanak-kanak yang masih kecil.















Antara chalet yang termurah di sini ialah chalet milik Uncle Chang. Saya menginap di situ. Pakejnya sekali dengan makan sarapan, makan tengahari dan makan malam. Walaupun di kawasan chalet Uncle Chang ini tiada pantai, tetapi boleh la menikmati pemandangan tepi laut. Pada sebelah malamnya pula, ada juga persembahan live band yang mana pengunjung boleh request lagu untuk menyanyi bersama, menari bersama atau sekadar mendengar sahaja.


















Ini pula antara chalet lain yang terdapat di Pulau Mabul. Masing-masing mempunyai kelebihan sendiri samada dari segi rekabentuk dan juga kedudukan dan pemandangan dari chalet mereka.












Di Tawau memang tak dapat nak jumpa pantai sangat. Jadi bila nampak pantai, cantik pulak tu. Memang tak lepaskan peluang. Kami sekeluarga turun. Begitu juga dengan yang lain-lain.











Kalau air laut tengah surut, banyak hidupan laut yang boleh dilihat di tepi pantai. Ini merupakan antara yang sempat saya snap gambarnya. Ada ikan, kuda laut, tapak sulaiman, ketam, terumbu karang dan lain-lain lagi.




















Biasanya pengunjung yang datang ke pulau ni mempunyai aktiviti mereka seperti bersantai tepi laut, bersantai tepi pantai, berenang, berjemur, memancing, snorkeling, diving dan macam-macam lagi.












1 comments

Kamarul

Berapa rate Diving di sana?