Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Sunday, June 24, 2012

Tayar untuk RC Drift

Langkah paling mudah untuk membolehkan kereta RC anda drift adalah menggunakan tayar yang sesuai. Sekiranya anda membeli kereta RC yang standard, biasanya ia dilengkapkan dengan tayar getah yang mempunyai grip. Sangat sesuai untuk touring.





Ini merupakan contoh tayar untuk touring

Tayar ini mempunyai daya cengkaman yang tinggi yang mana agak kurang sesuai untuk mendrift. kereta RC anda. Sekiranya anda menggunakan tayar seperti ini, bukan kereta anda tidak dapat drift cuma ia agak sukar. Bukan sahaja sukar untuk mendrift, malah sukar juga untuk mengawalnya semasa mendrift


video





Untuk itu, anda memerlukan tayar yang sesuai untuk mendrift. Tayar yang digunakan adalah lebih keras kerana mempunyai unsur PVC. Dengan ini tayar kereta RC anda akan lebih mudah untuk spin. Apa yang perlu anda lakukan hanya fokus untuk mengawal ayunan drift kereta RC anda. 





Ini merupakan contoh tayar yang digunakan untuk mendrift

Tayar untuk drift ada pelbagai jenis juga berdasarkan permukaan jalan tempat anda bermain kereta RC anda. Sebagai contoh permukaan simen, karpet dan sebagainya.


video


14 comments

Anonymous

nice tips...em,,bro..brpa harga jenis kreta mcm bro pnya 2 ?? n bli dimana ??

mamat July 17, 2012 at 8:40 PM

saya punya brand HL518, lbh krg dlm RM400 lbh...
kt kedai mainan biasa ada jual. hehehe... tp kalau nk byk pilihan, cari la kt kedai kereta control

Anonymous

Harga tayar tu berapa

mamat November 3, 2014 at 8:22 AM

tengok brand la... saya beli tayar sahaja 1 set (4 biji) dalam RM40.

ada yang tayar sahaja 1 pasang (2 biji) RM50

mr.que November 19, 2014 at 5:05 PM

Tayar jenis ap yg sesuai main kt tar ek bro??

Jenjs yg bro pakai tu sesuai kt simen n carpet eh??

mamat November 19, 2014 at 10:06 PM

tayar untuk main di jalan tar paling keras. mcm PVC paip.
tayar untuk simen lembut sikit. boleh picit-picit.
tayar untuk carpet paling lembut.

mr.que November 20, 2014 at 6:51 AM

Keras mcm pvc??? Boleh calor2 ek tayar dia??

Ok bro mat..tq 4 info

AIMAN

BERAPA HARGA TAYAR YANG SPORT RIM HIJAU MANTOL TU

AIMAN

MAMAT DOK MANA
JOHOR KE

AIMAN

BERAPA HARGA TAYAR YANG DALAM PAKET TU
KAT MANA NK BELI

TAHU X KEDAI KETE KONTROL YANG ADA JUAL BENDA TU KAT JOHOR

mamat July 27, 2015 at 4:14 PM

sori bos... saya dok area tawau. tak tau kedai area johor.

masa tu beli harga dalam RM50 untuk 1 set (4 biji)

Pyan Dahri August 3, 2015 at 6:46 PM

Wah org tawau kah bro.. Saya pun org tawau juga.. Tp skrg menetap d pahang.. Saya baru jak ni try main rc drift ni.. Baru beli sabtu lepas.. Hehe

Pyan Dahri August 3, 2015 at 7:28 PM

Wah org tawau kah bro.. Saya pun org tawau juga.. Tp skrg menetap d pahang.. Saya baru jak ni try main rc drift ni.. Baru beli sabtu lepas.. Hehe

Pyan Dahri August 3, 2015 at 7:28 PM

Wah org tawau kah bro.. Saya pun org tawau juga.. Tp skrg menetap d pahang.. Saya baru jak ni try main rc drift ni.. Baru beli sabtu lepas.. Hehe