Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Monday, December 3, 2012

Cerita Manusia Ke Bulan Tu Betul Ke Hoax

Sejak kecil lagi, kalau tak silap masa sekolah rendah pun memang ada pun diajar di sekolah, dalam subjek Alam & Manusia kalau tak silap berkenaan Orang Pertama Menjejakkan Kaki Di Bulan. Waktu itu semua pun tau, semua pun kata yang Neil Armstrong merupakan manusia pertama yang menjejakkan kaki di permukaan bulan. Waktu itu dalam lingkungan tahun 1980an dan 1990an.

Tapi semakin saya membesar dan hingga kini, fakta tersebut mula disangkal. Semakin lama semakin ramai yang mengatakan yang sebaliknya. Ia dikatakan hanya lakonan pihak Amerika sahaja untuk menaikkan namanya di mata dunia. Kebetulan waktu itu Amerika sedang bersaing dengan Rusia dalam teknologi angkasa lepas. Semakin hari semakin ramai yang cuba membuktikan bahawa peristiwa Neil Armstrong ke bulan itu hanyalah lakonan semata-mata.

Antara perkara yang menjadi pertikaian atau hujah untuk menyangkal kebenaran peristiwa manusia ke bulan ialah :

1.  Kalau pada 20 Julai 1969 Neil Armstrong telah berjaya ke bulan, kenapa hari ini takde orang lain lagi yang ke bulan. Patutnya dah boleh ada shopping mall dah kat bulan tu. Sekarang kan dan tahun 2012. Patut jauh lebih maju.

2.  Kata kat bulan tu vacuum (hampagas), kenapa bendera yang dipacakkan tu berkibar-kibar.

3.  Kenapa masa landing kat bulan tu takde pun kesan kawah ke apa ke... Elok je permukaan bulan tu, ada la sikit bekas tapi bukan space module tu besar dan berat ke... Patut ada macam kawah kat tempat dia landing kan. Kalau tak pun dah takde debu-debu sebab patutnya dah bersih masa kene hembus masa landing tu.


.....dan macam-macam lagi. Kalau nak ikutkan banyak gak point yang digunakan untuk mempertikaikan. Kalau anda berminat, boleh search sendiri kat internet. Boleh jumpa siap dengan bukti dan eksperimen yang telah dibuktikan untuk membuktikan yang ini semua hanya lakonan semata-mata. Rasanya anda lebih tau dari saya.

Walaubagaimanapun, berdasarkan bukti dari kedua-dua pihak (pihak yang benar-benar ke bulan dan pihak yang menyatakan ianya lakonan semata-mata), dan juga berdasarkan pemikiran logik dan juga ilmu saya yang tersangat cetek ini, saya berpendirian bahawa peristiwa manusia ke bulan sememangnya benar-benar berlaku.

Contohnya berkenaan bendera berkibar. Tiang bendera yang digunakan adalah berbentuk L yang mana bendera akan tegap terbentang. Tapi saya tau, tiada angin di sana untuk membuat bendera tersebut berkibar. Ini kerana bendera tersebut kelihatan berkibar bukan disebabkan angin kerana ruang angkasa yang vacuum tidak memungkinkan wujudnya angin.

Anda tentu tahu di ruang angkasa lepas, sekiranya satu objek digerakkan biarpun dengan daya tujah yang begitu sedikit, ia akan terus bergerak sampai bila-bila selagi tiada daya luar yang mengganggu pergerakkan objek tersebut. Sebagai contoh sekiranya kita melontar bola ke hadapan di ruang angkasa lepas, bola tersebut akan terus bergerak dengan arah dan kelajuan lontaran tersebut secara terus menerus sampai bila-bila selagi tiada daya luar yang mengganggu pergerakkan bola tersebut.

Lebih kurang begitu juga yang berlaku pada bendera yang dipacakkan di bulan itu. Semasa proses memacakkannya, adakah ianya dipacakkan tanpa sebarang pergerakkan yang membolehkan bendera tersebut terayun atau bergerak atau sebagainya... Sudah tentu ada. Dan disebabkan tiada geseran udara di sana menyebabkan pergerakan yang tidak sengaja itu berlanjutan selagi tiada daya luar yang mengganggunya. Maka dengan itu ia kelihatan seolah-olah sedang berkibar.

Peristiwa itu berlaku di bulan. Jangan lah disamakan dengan logika di bumi.


Kita lihat pula berkenaan space module mendarat. Mungkin semua mengharapkan persekitaran tempat space module itu mendarat akan menjadi seperti bagaimana roket mendarat di bumi, atau helikopter mendarat. Sekali lagi, ianya masih berlaku di bulan. Janganlah disamakan dengan logika di bumi. Tidak perlu pun api roket semasa mendarat. Hanya angin dari compressor pun dah cukup agaknya. Dilepaskan sedikit demi sedikit sebelum berlaku impak (proses landing).

Sebagai contoh kalau pergerakan space module itu telah mula diperlahankan sebelum berlaku impak, sehingga kelajuan 20km/j, sudah memadai untuk membiarkan sahaja ia menghentam terus permukaan bulan dengan selamat semasa proses landing. Tidak perlu mengaktifkan daya tujah untuk memperlahankan space module sepanjang masa sebelum sehingga semasa landing. Impaknya masih boleh kelihatan seperti space module tersebut seolah-olah melompat beberapa meter dari permukaan bulan kemudian mendaratnya semula. Jadi takde la semestinya kita akan nampak permukaan tempat mendarat tu akan bersih dari debu-debu dan batu-batu kecil yang mana akan berterbangan semasa space module mendarat.

Lagipun bukan ke tarikan graviti di permukaan bulan hanya 1/6 sahaja daripada graviti di bumi. Aik? Macam mana boleh tau graviti di bulan tu hanya 1/6 je daripada graviti di bumi? Hehehe.....


Kalau tahun 1969 manusia dah berjaya ke bulan, patutnya dah boleh shopping mall kat sana tak pun at least boleh la ada satu pakej percutian untuk ke bulan.

Pernahkah kita terfikir kenapa waktu itu mereka (Amerika dan Rusia kerana waktu itu mereka peneraju teknologi) berlumba-lumba untuk ke bulan?

Saya pasti anda pernah mendengar movie orang putih berkenaan cerita Transformers : Dark of The Moon. Bagi yang pernah menonton movie tersebut, lebih mudah untuk memahami apa yang cuba saya ceritakan.

Dalam movie tersebut, pihak US dan Rusia telah mendapat isyarat dari Pusat Kajian Angkasa Lepas mereka bahawa terdapat sesuatu telah jatuh di bulan. Sejak itu mereka mencipta teknologi supaya dapat ke bulan untuk mengutip objek yang telah terjatuh di bulan itu. Akhirnya pihak US yang telah berjaya menghantar manusia ke sana dan mereka sebenarnya menjalankan misi rahsia yang tidak diketahui umum biar pun oleh rakyat US sendiri bahawa sebenarnya mereka cuba membawa balik seberapa banyak benda yang jatuh di bulan itu.

Ianya merupakan kapal angkasa dari Cybertron yang membawa sejumlah anak kapal (Autobots). Sampel yang mereka ambil itu dibawa pulang ke bumi kemudian dijadikan bahan ujikaji yang mana ianya menjadi pencetus kepada segala teknologi yang tiba-tiba mendadak maju khasnya di pihak US.

Dalam tidak sedar walaupun Rusia gagal menghantar manusia ke bulan, mereka telah banyak menghantar probe atau robot untuk mengutip beberapa sampel yang ada dan mengambil seberapa banyak gambar.


Jika kita lihat dari plot cerita movie tersebut, bahawa terdapat agenda sebenar mengapa US dan Rusia berlumba-lumba menghantar misi ke bulan yang mana hanya beberapa individu sahaja yang mengetahuinya, iaitu membawa pulang teknologi makhluk asing. Dan dalam cerita tersebut juga dapat dilihat bahawa semua rakyat tidak tahu tujuan sebenar misi ke bulan tersebut. Begitu juga rakyat di negara lain.


Berbalik kepada dunia realiti, sekali lagi..... Apakah tujuan sebenar pihak Amerika dan Rusia berlumba-lumba untuk menghantar manusia ke bulan? Adakah supaya selepas ini mereka boleh mengadakan satu pakej percutian khas ke bulan?

Mereka ke bulan sebenarnya hendak membuktikan suatu teori. Teori ini merupakan teori yang memberikan impak yang sangat besar dalam kehidupan kita khasnya minda dan pemikiran kita hari ini berkenaan alam ciptaan Allah. Ia merupakan satu titik tolak yang bakal mengubah paradigma manusia sejagat. Ia bagaikan di saat zaman manusia yang menyatakan bumi ini luas dan leper kepada zaman manusia yang menyatakan bahawa bumi ini sfera. Minda yang mana sebelum itu manusia beranggapan sekiranya berlayar hingga ke hujung dunia maka akan terjatuh, berubah kepada bumi ini tiada hujungnya kerana ia berbentuk sfera. Zaman di mana manusia menyatakan matahari dan segala yang di langit mengelilingi bumi, berubah kepada manusia menerima bahawa bumi mengelilingi matahari.

Apakah perkara besar ini? Itulah dia teori berkenaan kelahiran Bulan. Bagaimana bulan kita diciptakan Allah. Bagaimanakah proses ianya berlaku. Teori berkenaan bagaimana sebenarnya zaman prasejarah dan jurassic berakhir. Bilakah sebenarnya kita anak cucu Nabi Adam A.S. mula Allah amanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Seterusnya ia juga untuk membuktikan teori-teori angkasa lepas yang lain termasuk Teori Big Bang. Tujuan mereka bukan supaya kemudian hari nanti boleh diwujudkan pakej percutian ke bulan.

Apa yang pasti, Teori Big Bang mula terkenal selepas peristiwa Neil Armstrong ke bulan. Tidak hairan sekiranya dikhabarkan bahawa Neil Armstrong mendengar laungan azan semasa beliau berada di permukaan bulan. Kisah pengIslaman Neil Armstrong ini pun dipertikaikan oleh beberapa pihak. Ada yang menafikannya. Benar atau tidak, saya berserah pada Allah. Allah yang lebih mengetahui hambanya.


Adakah ianya benar? Jika anda tanyakan saya, ia adalah seperti yang saya katakan. Sekiranya anda mahukan buktinya, saya rasa anda lebih bijak dan tahu mencari bukti tersebut. Saya bukan saintis atau professor atau ahli sains atau ahli astronomi. Saya juga bukan seperti Sheikh Muzaffar Shah. Saya cuma telah didedahkan dengan astronomi, sains, fizik, kimia, biologi sejak belum sekolah lagi. Walaupun saya pada ketika itu apabila saya melihat planet Musytari (Jupiter), Zuhal (Saturn), Zuhrah (Venus) dan Marikh (Mars) dengan mata kepala saya sendiri menerusi teleskop, saya masih belum pandai lagi menghubungkaitkannya dengan kebesaran Allah. Ruang space shuttle pun ketika itu saya sangkakan playhouse. Kami adik-beradik berlari-lari berkejaran di dalamnya. Budak-budak la katakan.

Andai kata saya salah pun, saya juga tidak begitu ambil peduli kerana apa yang saya pentingkan di sini ialah ianya berjaya mengubah pemikiran saya, sebagaimana sebelum ini orang susah untuk menerima bahawa bumi ini bulat, susah untuk menerima bahawa bumi mengelilingi matahari.


Cuma pada pendapat saya, tidak kira samada peristiwa manusia ke Bulan itu benar-benar berlaku atau sekadar hoax (fraud atau pun hanya cerita dongeng atau yang dibuat-buat), samada kita percaya atau tidak, harapnya tidak langsung menjejaskan aqidah kita terhadap Allah. Jangan pula disebabkan perkara ini menyebabkan kita sesama umat Islam berpecah belah.



0 comments